Dari KL ke Batu Pahat | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

16 April 2018

// // Leave a Comment

Dari KL ke Batu Pahat

Bingung rasa rumah yang riuh dengan gelak tawa anak-anak, mak-mak bersembang cam tak habis cerita, bunyi tv yang tak diendahkan tiba-tiba semua tu sirna dek depa semua dah balik kl.

Alkisah, adik, kakak and mak akak bersama dengan keluarga masing-masing 1st time datang kerumah kami diBatu Pahat ni. Uihh excited akak korang ni.

Seronok sangat rasa, persiapan nak sambut diorang cam biasalah mengemas umah yang tak habis2 ni. Dengan basuh tingkap, cuci toilet, vacumm karpet, kemas bilik tetamu, tukar cadar, sarung bantal bagai, masak macam2la...

Penat takyah cakap, akak gagahkan diri dengan telan Vitalea Shaklee. Kasi kuat cket badan ni nak bekerja xtra. Tugas-tugas cuci umah ni dimudahkan dengan penggunaan Basic H Shaklee. Ape die Basic H ni kang akak habaq dalam entri lain k

Sabtu malam ahad tu kami keluar makan di Restoren Nikmat Tandori. Akak tak order sebab kenyang makan kat umah. Menu lain cam bubur, nasi goreng, nasi ayam memang cepat sampai, tapi roti nan and ayam tandori fuhh memang berjanggut gak tunggu.




Sebab orang ramai, maka bersabarlah. Restoren ni memang famous, sebab roti nan and ayam tandori sedap bukan main. Kari kambing die pun sedap. Akak dah tak heran sangat sebab duk cni kan. Dulu memang asik rasa nak makan ayam tandori diorang tu. 

Esoknye lepas zohor kami gerak pergi ke Ayer Hitam. Hujan lebat sepanjang perjalanan. Dah sampai sana pun still hujan tapi tak lebat sangat so boleh jugakla beli belah hihi...

Mak, kakak sume excited beli kerepek, ubi, buah. Akak beli patung Nana untuk Wafa, mainan Mujahid, buah nenas and mangga. Kalau ikut hati nak beli macam-macam lagi, tapi short cash adush...












Malam masing-masing kepenatan plus ada yang tak sihat, yela redah hujan nak shopping huhu...

Dan hari ni rumah jadi sunyi sebab masing-masing dah balik, adoi sayu jugak hatiku ini. Plan akan datang diorang nak beraya kat cni. Raya IdulAdha, insyaAllah mitak-mitak jadi aminnn....

Cari Artikel