Youth Activating BB Cream Shaklee 5 In 1 For Flawless And Glowing Skin | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

04 November 2017

// // Leave a Comment

Youth Activating BB Cream Shaklee 5 In 1 For Flawless And Glowing Skin

Tahu tak pada bulan Ogos lepas Shaklee telah melancarkan produk penjagaan kulit terbaru iaitu YOUTH® Skin Care Shaklee. Tapi kali ni akak nak share tentang 1 produk sahaja iaitu Youth Activating BB Cream Shaklee 5 In 1 For Flawless And Glowing Skin

Excited sangat time tahu Shaklee ada skincare baru ni. Rasa nak cuba time-time tu jugak. Tapi apa daya YOUTH® Skin Care Shaklee belum masuk Malaysia lagi. InsyaAllah tahun depan bulan Febuari  baru ada.

Ok jom kita masuk pasal BB Cream Shaklee ni. Sebab produk nila yang akak paling tak sabar nak try. Dulu memang Shaklee ada jual make up tapi sekarang dah takde la. So BB Cream ni kan ala2 make up gitu tu yang rasa takle nak sabar tu hihi...



BB Cream ni bukannya benda baru. Banyak sangat jenama kosmetik keluarkan BB Cream dari cap ayam sampailah yang berkelas-kelas sume pakat ada BB Cream dengan pelbagai ciri-ciri menarik.

Tapi sebelum tu akak nak kenalkan dulu apa sebenarnya BB Cream ni, yela kot ada yang tak tahu macam akak ni, waktu mula-mula famous BB Cream ni memang akak takde idea langsung ape mende la BB Cream ni. Tapi yang pasti BB Cream ni mesti buat orang lawa...

BB Cream sebenarnya 'blemish balm, blemish base, beblesh balm' dipasaran barat ianya dikenali sebagai 'beauty balm'

Jika dibandingkan dengan 'tinted cream' yang hanya sekadar krim yang sangat ringan. BB Cream lebih sempurna sebagai asas dan pelembap, disamping itu juga ia mengandungi pelindung matahari atau 'sun block'.

Tapi apa specialnya BB Cream Shaklee, ha mesti sume pakat tak sabaq nak tau. Ha sabaq noh...tarik nafas, bawak bertenang...

Ok jom akak share ape yang best and beza BB Cream Youth Shaklee berbanding yang lain. BB Cream Youth Shaklee berfungsi dalam 5 cara :-

  1. Sekatakan warna kulit
  2. Perbaiki 
  3. Hidratkan 
  4. Suburkan 
  5. Melindungi


BB Cream Youth Shaklee 5 Dalam 1, krim kecantikan yang dicipta khas untuk memenuhi impian setiap wanita yang inginkan kulit yang cantik berseri, bebas cela dan sempurna.

Formulasi hebat dari polifenol anggur muskat untuk melindungi kulit kita dari radikal bebas yang merosakkan dan diperkaya dengan Vitamin C dan vitamin E untuk menyuburkan kulit.




Cerita pasal radikal bebas ni, kalau still kurang jelas camne die boleh rosakkan kulit kita. Meh akak bagi contoh senang nak paham.

Kenal tak Juliana Evans? Die jadi duta ada 1 produk ni and dalam iklan tu ade gambaran kulit yang rosak sebab radikal bebas. Ha cube cek balik senang cerita if nak kulit cantik salah satu cara is wajib amik antioksida lawan kepada radikal bebas tu.

Ha jelas tak? ok jom sambung cerita pasal BB Cream Youth Shaklee ni.

Alga Hijau membantu menjadikan wajah lebih tegang manakala polimer yang diperolehi daripada laut menjadi pelindung kepada pencemaran.

Zinc yang diperoleh secara semulajadi  yang bebas kimia menjadi pelindung matahari SPF-30 UVA/UVB.

Special produk Shaklee yang ramai maklum is confirm bebas dari sebarang harmful chemicals yang akan rosakkan kulit dan badan kita.

100% Semulajadi, Bebas Merkuri, Parabens, Phthalates dan banyak lagi yang memang terbelit lidah nak sebut.




Produk Youth dari Shaklee bebas dari 2500 jenis bahan kimia yang berbahaya pada kesihatan manusia.

Confident tak nak pakai even katela kulit kita ni habis sensitif dah dengan macam-macam jenis bahan kimia?

Mesti confident, mesti kita rasa selamat nak pakai betul tak?

Sebenarnya BB Cream ni selain sangat selamat untuk digunakan ianya juga sangat praktikal untuk digunakan bila-bila masa dimana jua, ewah cam iklan tv plak.

Sebab dah lengkapkan as a foundation, moisturizer, sunblock lagi. Tambah ada effect suburkan kulit lagi. Senang sangat kalau time kita nak cepat-cepat bersiap pergi kerja dengan nak siapkan anak tuk hantar ke pengasuh atau taska atau sekolah atau ape-ape jela.

Kalau lepas solat zohor, takyah dah nak apply moisturizer and sunblock then pakai compact powder lagi, cukup pakai BB Cream Youth Shaklee ha dah cun balik dah kita.

Atau sama gak kalau keluar jalan-jalan, yang mak-mak asek husband bising bersiap lama-lama, pakai BB Cream Youth Shaklee memang pantas dan cantik berseri kita nanti. Suami pun suka so boleh pau diorang kalau nak beli lagi hihi...(gurau je ye)

Kalau kita tak sempat nak make up kat umah, kita boleh bawak BB Cream Youth Shaklee dalam handbag kita and pakai je dalam kete, atau kat toilet opis sebelum mula kerja, ha apemacam best tak?

Lagi kalau kita travel, muka nak cun je sebab nak bergambar sakan. Boleh jadi tempat yang kita pergi tu, itu jela sekali seumur hidup kita tinggalkan tapak kaki kita.




So harus nak wajah kita sokmo comey tanpa guna apps beautify pun dekat smartphone kita tu. Even kita penat tapi muka kita tetap ready tuk dirakamkan gambar, flawless gitu...

Ape lagi, macam-macamla keadaan yang mana sangat praktikal untuk kita dapatkan BB Cream Youth Shaklee ni. Simpan 1 dalam handbag and 1 kat rumah.


BB Cream Youth Shaklee ada 4 tona untuk kita sesuaikan dengan warna kulit kita.




Light, Light Medium, Medium dan Dark

Mana satu pilihan hati? Sebenarnya kita boleh miliki semua warna ni dan applyla kat wajah kita bagi nampak tirus, hidung kasi mancung ada batang, pipi naik ha macam-macamla ye teknik make up yang ada.

Contohnya macam dalam video ni, ha jom kita tengok.




Produk Youth adalah 100% Vegan dan 'Cruelty Free'

Nak dapatkan BB Cream Youth Shaklee sekarang jugak? Hmmm maafla sekarang memang takde lagi. InsyaAllah tahun depan ada k.

If nak tahu update terkini and nak jadi yang terawal dapatkan BB Cream Youth Shaklee, boleh tinggalkan emel address anda ke wasap saya Huda

www.wasap.my/60149209040

Saya akan bagi latest update pasal BB Cream Youth Shaklee pada anda yang berminat k.

Orait kita sama-sama tunggu kemunculan BB Cream Youth Shaklee ni k.

Nanti akak buat review pasal BB Cream Youth Shaklee ni k

Terima kasih sudi membaca entri ini sehingga titik terakhir...


Cari Artikel