Percutian di Taiping Perak, Pulau Pinang dan Pekan Pahang Sempena Cuti CNY Part 1 | PENGEDAR VIVIX SHAKLEE, PENGEDAR SHAKLEE KUALA LUMPUR

14 February 2017

// // Leave a Comment

Percutian di Taiping Perak, Pulau Pinang dan Pekan Pahang Sempena Cuti CNY Part 1

Dah lama kami plan nak ke Taiping, sebab rumah adik ipar kat sana. Tambah pulak cuti raya cina ni kami ade misi iaitu bawak mak (mak mertua) dari Taiping balik Pekan Pahang. 

Sebab dah alang-alang sampai Taiping nak le masuk Penang. Kan dekat je, dalam 40 minit gitu. Seronok sangat family gathering plus Percutian di Taiping Perak, Pulau Pinang dan Pekan Pahang Sempena Cuti CNY ni.

Pertama-tama sebab dapat berkumpul sedara-mara. Husband akak 4 orang adik beradik, semua ada kali ni. Kalau tak susah nak berkumpul semua, ade je hal masing-masing. Yela masing-masing dah berkeluarga so paham2 jela.

Kami gerak dari KL jam 310 pagi Jumaat 27 Januari 2017. Sebenarnya nak gerak malam jumaat tu, tapi rase jem teruk nanti. So packing barang sume, tido kejap then siap2 ha jam 310 pagi kami chao.

Amik adik ipar kat Rawang then terus ke Taiping Perak. Perjalanan smooth memang tak sangkut jem langsung. Alhamdulillah...

Sampai-sampai je rumah adik ipar, dalam kul 8 lebih kot, tak ingat dah...Kami breakfast rehat-rehat, sembang, makan. Dah petang baru kami keluar jalan.

Sebelum pergi jalan-jalan, kami singgah dekat sini jap, nak tahu kat mane, jom tengok video ni :)






Ni rumah rehat tuk penduduk Vista Hill, Kamunting, rumah adik ipar la. Dari atas ni memang nampak Bukit Larut, view memang cantik.





Kemudian kami pergi kekampung biras akak. Husband adik ipar, tengok sawah padi. Best sangat time ni sebab sawah tengah kuning kan. Akak ni orang bandar memang excited plus cam jakun pun ade tengok padi menguning.

Pegang dan rasa sendiri padi tu hihi...memang syok. Nak tengok betapa cantiknya sawah padi kuning, ha tengok sini.






Mujahid bersama sepupu2nya Firas and Amsyar

Sempat bergambar kami semua hihi...





Kami balik semula Vista Hill dah malam, kakak ipar dari Yong Peng Johor pun sampai. Memang meriah seronok dapat berkumpul gini.

Akak tido awal penat weii. Esoknya kami nak berjalan ke Pulau Pinang plak. Nanti kita sambung cite k. Akak off dulu







Cari Artikel