Bisnes Shaklee Saya 6 Bulan Dari Sekarang | Pengedar Vivix Shaklee, Pengedar Shaklee Kuala Lumpur

14 November 2016

// // Leave a Comment

Bisnes Shaklee Saya 6 Bulan Dari Sekarang

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun akak berkecimpung dalam bidang perniagaan. Wah macam hebat je bunyinya. Sebab sebelum ni memang makan gajikan buat side income pun kebetulan. Dulu pernah amik order buat kek, buat kueh raya gitu. Tapi sekarang akak ade target lain untuk Bisnes Shaklee Saya 6 Bulan Dari Sekarang.

Income yang Shaklee bagi is unlimited, sungguh. Kita nak banyak mana, kita usaha banyak tu. Tapi nak senang kene susah dulu. Itulah resamnya. Kalau tanpa pengorbanan, susah payah, jatuh bangun, penat, kecewa, menangis takla apa yang kita kecapi tu dinamakan kejayaan melainkan angan-angan sahaja.

Akak ada aim akak sendiri dan sistem Shaklee ni nak berjaya kita kene wajib tolong orang lain berjaya. Takde dah cara lain. Kalau kita nak buat sengsorang anda aim nak dapat income 5 angka setiap bulan boleh pengsan dibuatnya.




Silap-silap give-up sampai bebile takmo dah dengar perkataan Shaklee, sensitip gitu. Ok target akak pertama is


1. Menjadi Leader Kepada 14 orang agent Shaklee yang aktif dari seluruh negeri diMalaysia.

Pangkat pertama dalam Shaklee is Supervisor dimana kita kene buat jualan sebanyak rm10000 sebulan. Dan bila kita mampu untuk capai, kita perlu bantu orang lain untuk buat hal yang sama.

Dengan cara tersebut barulah pangkat kita naik. Naik pangkat memang sedap bunyinya sebab seiring dengan naiknya bonus kita.




Akak nak bantu 14 orang yang mempunyai ciri-ciri berikut:-
  • Serius untuk menambah pendapatan 
  • Sungguh-sungguh, sentiasa ingin belajar, cepat tangkap dan apply ape yang dipelajari, tidak mudah melatah, semangat dan hati yang kental, rajin, tidak mudah putus asa, berjiwa besar 
  • Ada minat mendalam dalam bidang nutrisi 
  • Ikhlas untuk membantu meningkatkan kesihatan diri sendiri dan orang lain. 

Amboi macam poyo je bunyinya. Tapi itulah hakikatnya. Atau senang cerita gini akak welcome sesiapa sahaja, student, dah kerja, single atau dah berkeluarga, muda, tua yang serius nak tambah duit poket.

Yela zaman-zaman barang semua naik kecuali gaji tak naik. Memang parah rase. Sesi shopping atau beli barang dah tak enjoy bile tengok harga naik mencanak kalah roket naik ke bulan.

Nak berniaga ni hati kene kental dan mula-mula kene buat muka tebal dulu sebelum nak biasa. Sebab orang Melayu ni agaknya DNA pemalu tu tebal sangat sampai jadi tak bertempat plak.




Join bisnes Shaklee dengan akak, kami akan provide tools dan training berterusan supaya anda menjadi SID (Shaklee Independent Distributor) yang berilmu, beretika dengan skill marketing relevan dengan keadaan.


2. Blog Yang Ranking No 1 Untuk Setiap Keyword Yang Ditarget

Ha ni pun salah satu target penting akak, biar orang taip Shaklee je balik-balik blog akak yang naik. Sampai sinonim blog akak dengan Shaklee. Sebut Shaklee je teringat blog akak. Ha gitu

Sebab marketing melalui blog ni memang terbukti berhasil. Banyak master-master besar dari Shaklee lahir dari blog.

Kalau ade blogger yang naik join Shaklee dan tak pandai nak naikkan entry atau blog diorang, ha akak ade cara nak tolong. Rahsia nak naikkan entry blog anda di Google. Yela ade setengah orang sah bertahun buat blog. Beratus entry tapi bila taip keyword yang berkaitan, entah mana blog diorang, Google tak up pun. Sedih sungguh.


3. Berat Badan 45kg

Huihh ini target sangat-sangat penting. Dah lama berat akak tak capai angka 4, duk 5 je. Tensionla badan saiz XL ni, pakai baju tak lawa. Duk makan hati je tengok baju-baju lama. Yang paling tragis is confident level drop. Nak up gambar dalam FB pun segan huwaaa...


4. Sudah Bercuti di Cameron Highlands, Pulau Langkawi dan akan menuju ke Kundasang, Sabah.

Ini pun target penting. Dalam hati memang berhajat nak pergi overseas, tapi takpe kita setel tempat-tempat yang dah lama nak pergi tapi ada je dugaan buat tak jadi.

Cameron dulu penah pergi time honeymoon. Tapi nak pergi lagi, nak bawak anak-anak sekali, lagi seronok. Pergi time cuti sekolah boleh pergi pasar malam 2x. Best jalan kat pasar malam cameron tu.

Pulau Langkawi pulak, nak bawak sekali mak ayah. Nak shopping barang-barang dapur kotla ade yang murah time pergi tu. Tapi paling nak sekali borong is coklat...Berjalan-jalan tu dah jadi hal no 2, huhu boleh tak?

Kundasang pulak semacam hadiah buat inche husband sebab kalo die tak tolong akak buat biz Shaklee ni tak kemana perjalanan akak. So ni reward tuk die. Husband memang suka-suka pergi tempat menikmati keindahan alam sekitar. Plus nak bedal makan seafood kat Sabah. Diela hantu seafod akak ni biase2 je.




5. Selesai Separuh Hutang

Ini pun salah satu sebab akak buat biz. Nak setel hutang. Serabut wei hidup ni berhutang sana sini. Analogi berhutang versi akak sendiri is leher kita ni kene rantai dengan besi, heret dalam laut. Ha bayangkanla...Memang lemas and nyawa-nyawa ikan gitu.

Memang setiap bulan hal paling wajib is bayar hutang. Nak buat guane tak bayar dosa. Tidak mampu bayar semua separuh setel pun dah alhamdulillah.


6. Istiqamah Dalam Setiap Usaha Yang Dilakukan.

Itulah key die istiqamah aka konsisten. Tak istiqamah tak kemana akak boleh pergi. Kene update FB dan Ig hari-hari. Blog ni pun kene hidupkan balik.


Jangan mudah mengalah jatuh bangun balik, tersepak, tersadung, masuk gaung, semua saya bangun balik teruskan perjalanan.


7. Latih Leader-leader Dibawah Menjadi SID yang Berilmu Dengan Skill Yang Dapat Menjana Pendapatan.

Inilah antara cabaran utama nak menjadi seorang Leader, ye bukan senang. Sebab kita sendiri perlu buat apa yang kita ajarkan. Itulah beza Leader dengan Boss. Leader tunjuk ajar dan buat sama-sama. Boss bagi arahan.

Tapi kalau join group Superstar kami under Master Salwa Al-Izzah, macam-macam sangat ilmu dan tools marketing yang akan diajar, tunggu nak apply je.

 Dalam bisnes ni kita tak boleh janji bulan bintang sangat. Anda rajin anda tuai hasil insyaAllah.


8. Bantu Setiap Leader Saya Meraih Bonus 4 Angka Dengan Shaklee.

So inilah challenge die, setiap individu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Macam mana nak gilap atau asah kekuatan supaya dapat dichanelkan dengan betul, mendatangkan hasil itulah yang jadi tanda soal.

Dan kelemahan pulak masih boleh diperbaiki dan adakala boleh diatasi dan jadi titik tolak pada improvement dan rezki, mana tahu.

Bagaimana cara nak dapat duit tu ade strategi yang dah cantik tersusun, banyak option, pilih nak guna cara apa. Blog ke, Ig ke, FB ke offline ke atau ada cara tersendiri. 

Kami akan guide satu-satu, tapi yang buatnya empunya badan sendirilah. Tindakan tu penting. Ilmu banyak2 kalo tak apply manela nak nampak hasil.


9. Mempunyai follower sebanyak 100k di Instagram

Latest 2 orang Master Coordinator naik hasil dari marketing IG. So memang tak dinafikan IG salah satu cara market yang berkesan kalau kene dengan niche kita.

So far banyak je group yang memang fokus kat IG, memang kaw2 bonus depa. Alhamdulillah...


10. Pendapatan Konsisten 5 Angka Dan Makin Meningkat.

Inilah salah satu sebab utama ramai terjebak dengan MLM. Ye income depa semua sebulan macam duit saving KWSP kita duk keje seumur hidup tu.

If sampai level ke-4 dalam Shaklee, atau ada effective Supervisor 5 orang keatas insyaAllah dah 5 angka bonusku.

Kene bimbing betul-betul anak Shaklee supaya jadi leader yang mampu duplicate diri dia dengan orang lain. Duplication untuk grow bisnes.

InsyaAllah, tolong doakan semua wishlist akak berjaya dicapai. Kene pecah ruyung baru boleh dapat sagu. Aminnn....





























































































Diri saya 6 bulan dari sekarang
- Menjadi leader kepada 12 orang agent Shaklee yang aktif di negeri-negeri berikut, Johor, Sabah, Sarawak, Melaka, Pahang, KL dan Selangor
- Blog saya ranking no 1 di Google untuk setiap keyword Shaklee yang saya target
- Berat badan 45 kg hihi
- Sudah pun pergi berjalan-jalan di Cameron Highland, Pulau Langkawi dan akan menuju ke Kundasang Sabah.
- Setel separuh hutang saya
- Istiqamah dalam setiap usaha yang saya buat, jatuh bangun balik, tersepak, tersadung, masuk gaung, semua saya bangun balik
- Tambah ilmu dan skill pada diri, latih 12 orang leader saya menjadi SID yang berilmu, dengan skill wajib sebagai seorang pengedar Shaklee
- Bantu setiap leader saya mendapat income 4 angka sebulan
- Mempunyai follower 100k di IG
- Income konsisten 5 angka dan makin naik tangga...

Cari Artikel