Dapatkan Produk Shaklee anda dari Pakar Pemakanan Bertauliah hari ini

Servis konsultasi professional kami adalah exclusive buat pelanggan kami sahaja.


Dapatkan Produk Shaklee dan Set Shaklee berikut dengan paduan cara makan yang betul:

  • Set Kurus Shaklee
  • Set Kesuburan Shaklee
  • Set Bersalin Shaklee dan Set Mengandung Shaklee

08 August 2017

// // Leave a Comment

Vitamin C Shaklee Hanya RM60 Dengan Daftar Ahli Shaklee

Apa khabar semua? Ada perkhabaran best akak nak kabo untuk bulan Merdeka ni. Peminat-peminat. Vitamin C Shaklee mesti lompat bintang bila tahu perkhabaran ni sebab dengan Daftar Ahli Shaklee anda layak membeli Vitamin C Shaklee dengan harga rm60 sahaja tau. Betul tak tipu...

Pada yang tak tahu harga Vitamin C Shaklee adalah rm103, tapi bulan ni kita boleh dapatkan Vitamin C Shaklee hanya rm60 (tanpa gst). Jimat dekat rm43 jugak, memang best sangat ni.

Meh akak cerita dulu bagimana nak dapatkan offer best ni. Offer ni terbuka luas pada yang masih belum menjadi ahli Shaklee.

Mula-mula kita kene mendaftar menjadi ahli Shaklee, selepas mendaftar, untuk melayakkan kita beli Vitamin C dengan harga RM60, kita perlu membuat pembelian produk Shaklee minima RM400 (dalam harga ahli) atau 100 UV (unit value).




Dah daftar, dah buat pembelian then baru kita boleh proceed beli Vitamin C Shaklee dengan harga RM60 sahaja.

Pembelian mesti dalam satu resit, tak boleh kumpul-kumpul beli sikit-sikit sampai hujung bulan untuk cukupkan 100 UV, ha jelas tak?

Kalau tak nak daftar ahli and nak beli Vitamin C Shaklee murah, maaflah tak dapek den nak tolong. Sebab offer ni entittle untuk yang baru menjadi ahli Shaklee, die semacam suatu welcome gift gitu haha...

Banyak kelebihan Daftar Ahli Shaklee ni, tambah-tambah if pilih untuk Daftar Ahli Shaklee dengan kami dari group #SuperStarzFamily.

Panjang lebar akak cerita dalam entri terdahulu Kelebihan Beli dan Daftar Ahli Shaklee dari Group Superstar Shaklee.

Vitamin C Shaklee pun memang terkenal sebab murah dan sangat berkesan. Bila tanya customer yang baru beli atau repeat order, sume pun pakat bagitahu ramai yang syorkan beli vitamin C Shaklee berbanding jenama lain.

Kenapa anda perlu rebut peluang untuk dapatkan Vitamin C Shaklee dengan harga murah sangat ni akak nyatakan sebabnya disini Vitamin C Untuk Cantik Dan Sihat Secara Ekonomi.


Ok macam mana nak dapatkan offer ni. Caranya mudah je. Follow 3 step simple ni

1. Wasap akak di  https://www.wasap.my/60149209040 dengan taip 'DAFTAR AHLI SHAKLEE OGOS'

2. Confirmkan produk yang ingin dibeli, beri maklumat diri untuk pendaftaran

- Nama
- No IC
- No telefon
- Alamat
- Alamat emel
- No akaun bank
- Dari bank mana

3. Bank in payment ke akaun Maybank akak 1640 1710 5403 - Norulhuda Seman @ Abdullah

Orait tu je, tapi apa-apa kene wasap akak dulu k untuk tentukan kombinasi produk terbaik untuk masalah anda. Berapa jumlah yang perlu dibank in.

Ambillah kesempatan untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee dengan offer vitamin C murah ni. Dizaman semua hal nak kene jimat ni, baik kita bertindak bijak. Jom Daftar Ahli Shaklee dan dapatkan Vitamin C Shaklee hanya rm60.

Wasap akak k  https://www.wasap.my/60149209040




Read More

04 August 2017

// // Leave a Comment

Promosi Hebat Omega Guard Shaklee Ogos 2017

Assalamualaikum, apa khabar semua? Lama dah tak update entri pasal promosi Shaklee. Tapi disebabkan bulan Ogos ni sangat best promosinya. So akak rasa sangat rugi jika tidak diberitahu pada semua. Jom kita tengok apa Promosi Hebat Omega Guard Shaklee Ogos 2017.

Kepada pengguna tegar produk Shaklee, setiap awal bulan mesti kalian ternanti-nanti apa promosi baru. Mesti dah lama duk berdoa hopefully produk yang anda nak beli akan ada promosi istimewa.

Ok untuk bulan kemerdekaan ni, para pengguna tegar atau yang baru merisik nak beli Omega Guard atau Minyak Ikan Omega 3, bolehlah tersenyum sampai ketelinga sebab memang untung beli Omega Guard bulan Ogos 2017 ni.




Sebabnya promosi best ni is jika anda beli 5 botol Omega Guard Shaklee, anda akan dapat voucher rm20 x 3 = rm60. Setiap rm20 voucher boleh digunakan untuk setiap pembelian rm100 pada masa akan datang. Voucher boleh digunakan sehingga 15 September 2017.

Jelas tak?

Takpe akak bagi contoh,

Andrea beli 5 botol Omega dan dapat 3 keping voucher rm20, jadi jumlah semua is rm60.
Pada minggu seterusnya die nak beli sebotol Vivix berharga rm503, Andrea boleh terus menggunakan ketiga-tiga voucher rm20 tersebut.

Maka harga Vivix yang perlu dibayar hanyalah rm 443.

Kalau pembelian kurang rm100, so tak bolehlah guna voucher tu. Sebab at least beli rm100, so boleh guna voucher rm20, kita top up baki je.

Ha sekarang jelas tak? Bestkan, banyak tau jimat. Boleh beli simpan buat stok. Atau jual kat orang lain ke ha kan untung banyak.

Omega Guard ni banyak sangat keistimewaannya. Boleh refer entri akak pasal kelebihan Omega Guard Shaklee untuk penerangan lebih terperinci. Dan Omega ni satu keluarga boleh makan. Nenek, atuk, mak, ayah, kakak kat u, abang kat SMKA, adik kat tahfiz, adik kat sekolah rendah, yang tadika pun boleh ambil.




Antara manfaat minyak ikan Omega 3

- kurangkan kolestrol
- kurangkan tekanan darah
- kurangkan risiko sakit jantung
- bantu elakkan diabetes
- legakan simptom rheumatoid arthritis
- melindungi otak
- kekalkan kesihatan kulit
- sangat bagus untuk mata
- bantu elakkan risiko kanser
- kurangkan simptom PMS

Ini belum terangkan detail lagi ni. Kalau tahu lebih lanjut terus rasa nak telan Omega Guard sekarang jugak. Cenggini punye best manfaatnya memang patut ada disetiap rumah di Malaysia. Promosi berlangsung sehingga 31 Ogos 2017.

So jangan lepaskan peluang ni. If ada kemusykilan, nak tanye pasal masalah kesihatan atau kombinasi produk terbaik untuk bantu selesaikan masalah anda boleh direct wasap akak k,
Huda @  https://www.wasap.my/60149209040


Read More

24 July 2017

// // Leave a Comment

PENGEDAR VIVIX SHAKLEE KUALA LUMPUR

Kepada warga KUALA LUMPUR yang ingin mendapatkan VIVIX SHAKLEE boleh hubungi PENGEDAR VIVIX SHAKLEE KUALA LUMPUR : Cik Huda 014-9209040

Read More

19 July 2017

// // Leave a Comment

Garlic Shaklee Supplement Bawang Putih Terbaik

Pernah tak kita terfikir kenapa banyak syarikat suplemen keluarkan suplemen Garlic. Bukan Shaklee je ada Garlic..USANA, Bio-life, Herbalife, Shaklee sendiri memang ada keuarkan suplemen Garlic.
Padahal bawang putih rasanya wajib ada disetiap dapur rumah kita


Hari-hari kita makan bawang putih kot, masak apa pun kebanyakan akan guna bawang putih and bawang merah. Ape hebatnya bawang putih?

Kalau kita boleh kunyah bawang putih mentah 10-20 ulas setiap hari. Dan bawang putih tu mestilah ditanam secara organik tanpa racun serangga atau racun perosak.


So bolehla kita abaikan je kewujudan suplemen Bawang putih ni dari mana-mana jenama sekalipun.
Dalam bawang putih, ade 1 bahan aktif yang sensitif pada suhu tinggi, so keje-keje memasak, tumis lama-lama akan mematikan bahan aktif yang sangat banyak manfaat pada manusia ni.


Special pasal bawang putih ni is die anti-bakteria, anti kulat dan anti virus.
Sakit-sakit berkaitan bakteria, virus and kulat seperti H1N1, denggi, kayap, panau, kurap dan yang seangkatan dengannya boleh ikhtiar dengan bawang putih ni.


Bile mikrob-mikrob jahat ni kene dengan bahan aktif bwang putih die akan rasa pedih-pedih gitu dan insyaAllah tamat riwayat diorang ni.


Special lain pasal bawang putih ni jugak is die ada 'thinning effect'
Thinning effect ni bagus untuk mencairkan darah.


Darah kita tak boleh pekat, cair sangat pun tak boleh, darah perlu optimum.
Masalah bila darah pekat ni, die jadi berat so jantung jadi susah nak pam, bila susah nak pam jantung terpaksa tingkatkan tekanan. So ini salah satu punca sakit darah tinggi.


Dengan 'thinning effect' ni jugak, bawang putih mampu kurangkan atau nipiskan kolestrol. Kolestrol makin nipis, darah pun tak pekat so kuranglah risiko kene darah beku. Maka mak-mak yang dalam pantang tu sangat bagus amik bawang putih ni...


Dengan darah kita yang optimum, kolestrol pun takde maka bawang putih ni sangatlah bagus untuk jantung kita. Jantung boleh buat keje tanpa pressure.


Keistimewaan bawang putih ni jugak die bantu agar kita mudah lawas. Kalau ade angin-angin tak keluar, rasa senak, tak sedap dah makan macam-macam tak jalan, apa kata telan garlic, insyaAllah setel masalah senak sebab angin tu.


Untuk orang-orang yang selalu sakit, demam, selsema atau yang senang dapat jangkitan ni sangat digalakkan amik garlic disebabkan ciri-ciri anti-mikrob yang ada padanya.


Dan untuk kaum hawa yang ada masalah keputihan sangat bagus amik gabungan garlic and alfafa. Punca keputihan is yis atau candida albican. Alfafa bantu turunkan gula so yis-yis ni berlapar tak makan so makin kuranglah deme, tapi tak mati lagi diorang ni. Nak pancung kasi mati perlu amik garlic.


Keistimewaan Garlic Shaklee is dia ade spearmint tuk kurangkan bau bwang putih yang menyengat tu. Selain wangi, spearmint jugak sangat bagus tuk sistem pencernaan.


Bahan aktif yang special, sensitif suhu tu nama die Allicin. Allicin ni dari kumpulan sulfur.
Selain Allicin, ada jugak bahan aktif Vinylthidins dan ajoene. Allicin dan Vinylthidins ni lah yang sangat berbisa untuk virus, kulat dan bakteria.


Garlic Shaklee ditanam secara organik diCalifornia pada musim panas. Proses menghasilkan Garlic Shaklee dibuat pada suhu bilik untuk pelihara bahan aktif dalam bawang putih ni.


1 tablet Garlic Shaklee bersamaan 2 ulas bawang putih saiz besar ye...
Ha nampak tak kenapa syarikat pengeluar makanan tambahan masing-masing produce garlic sendiri?


Tapi pilihan saya tetap Shaklee and rasa excited sangat nak telan Garlic lepas hadam manfaat garlic ni.


#BuildByMe

#SuperStarzFamily
Read More

16 July 2017

// // Leave a Comment

PENGEDAR VIVIX SHAKLEE BIMBINGAN DOKTOR DAN PAKAR NUTRISI

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Saya adalah PENGEDAR VIVIX SHAKLEE yang mendapat bimbingan intensif dari doktor dan pakar nutrisi sejak tahun 2013.






Saya juga adalah PENGEDAR VIVIX yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang pemakanan dan kesihatan, bukan SHAKLEE semata-mata.



3 tahun selepas entry VIVIX SHAKLEE saya, ramai pesakit yang berjaya sihat dengan ikhtiar VIVIX. Alhamdulillah. Saya ad kongsikan dalam video berikut :

...





...


Jaminan Kualiti dari Pengedar VIVIX Shaklee


Sebagai Pengedar VIVIX Shaklee yang terlatih secara exclusive dari Shaklee, saya amat mengutamakan kualiti VIVIX yang customer saya beli dari saya.

Shaklee Corporation sendiri menetapkan piawai / standard terhadap kualiti VIVIX Shaklee yang dihantar ke Malaysia dari US.

Shaklee US menghantar VIVIX melalui cold air freight, bukan melalui kontena seperti Produk Shaklee yang lain.

Kenapa Shaklee hantar dalam keadaan sejuk? Kerana VIVIX adalah amat sensisitf terhadap suhu.

Bahan dalam VIVIX adalah semuanya natural / semulajadi. Tiada bahan pengawet ditambah untuk menjamin ketahanannya.

Oleh itu VIVIX perlu sentiasa dikekalkan dalam keadaan sejuk

Kerana itulah SHAKLEE INTERNATIONAL HQ di US menghantar VIVIX dalam keadaan sejuk

Dan kerana saya adalah PENGEDAR VIVIX SHAKLEE yang terlatih dan menjaga kualiti ini, saya juga menghantar VIVIX kepada customers saya dalam keadaan sejuk.

Kesemua VIVIX yang saya hantar selama ini adalah melalui COD dalam ice bag ataupun melalui pos secara exclusive cold parcel.

VIVIX yang terdedah kepada panas boleh rosak dan hilang khasiat dalam masa beberapa jam sahaja.

Sayang sangat, beli VIVIX mahal tetapi rosak kerana terdedah kepada panas semasa di pos.

Kerana itulah ramai orang mengadu kepada saya, mereka beli VIVIX dari Pengedar Shaklee lain tetapi makan dah berbotol pun tiada kesan.

Sebenarnya bukan VIVIX tu tak berkesan, tetapi kerana VIVIX yang mereka terima adalah yang telah rosak kerana terdedah kepada panas.

Bagi anda yang ingin mendapatkan VIVIX, pastikan VIVIX anda berada dalam keadaan sejuk semasa anda menerimanya.

Untuk mengelakkan kerugian, pastikan anda mendapatkan VIVIX SHAKLEE anda dari PENGEDAR VIVIX SHAKLEE yang terlatih : 014-9209040


Terima kasih dan selamat mendapat manfaat dari VIVIX SHAKLEE.







Read More

10 June 2017

// // Leave a Comment

Impian Yang Kuhembuskan Nafas Setiap Hari

Assalamualaikum salam Ramadhan, dah nak separuh madrasah Ramadhan kita lalui. Bagaimana prestasi kita berbanding tahun-tahun sebelumnya?

Akak pulak nak improve and tingkatkan amal supaya tak menyesal macam tahun-tahun sudah. Alahai diriku yang penuh cacat cela dalam ibadah pada Allah. Mintak-mintak Allah terimala sekelumit yang kta buat. Ya Allah malunya rasa....

Ok jom kita cerita pasal impian kita. Best tak berangan ni? Best, best sangat-sangat. Akak nak share impian akak yang setiap hari akak hembuskan nafas padanya. Agar 1 masa nanti ia menjadi nyata, hidup dengan akak.

Mula-mula akak nak ada cash yang banyak sampai takat hutang PTPTN and hutang kereta ke, rumah ke, personal loan ke jadi cam bayar tol je haha ambik ko. Sebulan rm500k setiap bulan cash akak, ha tak ke hutang-hutang tu jadi cam bayar tol je.



Setel hutang-hutang ni bagi rasa bernafas lega cket, takde la rasa sendat. Cam zaman akak banyak hutang dulu selalu rasa ade belenggu kat leher ni even gaji banyak. Alhamdulillah sekarang slowly makin cket hutangku.

Yang kedua is rumah impian. Akak nak rumah atas tanah kat bandaraya KL, tanah akak sendiri kat KL.  Ha korang boleh bayang berapa rege tanah kat KL ni. Akak taip ni pun meriding rasa.

Rumah tu luar macam rumah kampung (ini impian husband) tapi interior die rumah moden (ini impian akak). Ruang favorite akak is dapur yang ni memang crystal clear ape akak nak.




Dapur rumah lengkap kabinet, peti ice 2 pintu besar dah macam almari. Lauk mentah, sayur, buah semua organik, Vivix berderet dalam freezer. Kalau berkumpul semua saudara mara pun tak luak makanan dalam ice box akak.

Ada oven besar 2 tingkat, boleh masuk 2 tray besar serentak. Pinggan mangkuk akak yang basahan je jenama Corelle, ini memang dah lama nak sangat-sangat. So anak baling ke terjatuh terpelanting ke semua tak pecah.




Ada mesin basuh pinggan attach sekali dengan deretan kabinet. Mesin basuh kain jenama Electrolux 10 kg pintu depan, sebelah mesin basuh ada pulak mesin kering 15 kg sama macam kat dobi layan diri.

Ini baru dapur, belum masuk ruang tamu, bilik tidur anak-anak, balkoni, kolam renang luar and dalam rumah, karaoke, ruang paling special is library and ruang solat. Dah lama sangat nak ada library sendiri.

Sebab akak and husband sama-sama suke membaca. Ruang solat ni pun penting, akak nak tempat ni hidup, bila berkumpul dengan family semua, solat jemaah setiap waktu.




Okla setel bab rumah, kalau ikutkan tak setel lagi takpelah bagi ruang kat yang lain, kang entry ni berjela-jela cite pasal rumah je.

Hal yang dah lama akak nak buat is bercuti. Bestnya bercuti ni rasa release sume masalah sebab bercuti ternyata memang menggembirakan hati. Husband akak tempat yang die nak sangat pergi is Republic Czech.


Akak plak nak sangat pergi Turkey. Sebab banyak sangat hal-hal yang rase cam meloncat gembira kat sana. Nak pergi masjid Sultan Ahmad, Hagia Sophia, Pamukkale, Cappadocia, macam-macam tempat lagi.



Nak makan street food kat Istanbul, nak pergi pasar pagi diorang, nak pergi tengok ladang Saffron eh banyakla. Then tempat wajib pergi every year is Mekah and Madinah, umrah 1 family.






Selain tu akak and husband simpan impian tuk kembara 1 dunia, sebab pelajaran yang kita dapat dari berkelana ni takkan dapat dari mana-mana sekolah atau buku pun. It's a university of life. Berkelana ni pun bagus tuk pembesaran anak-anak.

If takde aral, insyaAllah kami nak tukar kereta amik Alza dalam tahun ni jugak. Banyak dah kereta duk timbang-timbang tapi hati rasa berkenan dekat Alza jugak. Sebab akak ni tak tau sangat bab2 kereta tapi yang pasti nak selesa anak beranak if jalan jauh. Dapat tukar Alza tu rase nikmat sangat dah.



Saving selamat yang kalis inflasi is emas. Impian akak nak ada emas 999.1 berat 1kg. Boleh menabung sikit-sikit. Untuk long term saving lagi suka emas 999, even kalau nak pakai pun suka emas 999 even design limited.




Shopping yang akak rase betul-betul nak lepas geram is penuhi keperluan dan kehendak anak-anak. Beli insuran premium untuk diorang, beli emas tiap-tiap bulan untuk diorang. Beli baju, mainan, bawak pergi theme park sebab Mujahid excited tengok theme park kat youtube.

Masukkan kelas memanah, berenang and berkuda. Nak diorang faqih Al-quran tapi konsep pembelajaran lebih santai and creative, ade ke sekolah gini. Yang pasti apa-apa pun perlukan kos. Sekarang pun mengah tengok rege barang.




And paling akak nak shopping sakan bila duit berkepuk is produk Shaklee. Paling suka Vivix sebab rasa die yang sedap. Tak piki dah khasiat die ke ape. Nak makan sebab terliur sedap sangat rasanya.

Kalau ada makan-makan kat rumah. Akak nak bancuh air performance drink banyak-banyak bagi kat tetamu. Air panas plak nak hidang Cinch Tea. Collagen and Nutriferon tu macam jajan je akak telan. Ha takdela catu-catu huhu...



Mohon doa semua, agar impian akak tercapai. Akak pun doakan impian anda semua menjadi nyata 1 hari nanti aminnn...
Read More

14 April 2017

// // Leave a Comment

GBS Semasa Hamil Apa Kata Pakar Mengenainya

Assalamualaikum semua, pagi ni akak bace sharing dari seorang doktor pakar mengenai GBS atau Group B Streptococcus. GBS terdapat dalam usus atau dubur kita.

Ianya tidak membahayakan kita tetapi jika kita mengandung dan kuman ini menjangkiti anak kita maka terdapat risiko kematian bagi bayi kita. So jangan ambil remeh mengenai GBS. Ok jom kita baca sharing dari Profesor Imelda Balchin

Kuman bakteria GBS.
Ibu-ibu kata mereka keliru.

Ramai ibu-ibu kita nak memahami apakah sebabnya antibiotik itu kawan kita di bilik bersalin.

Saya akan cuba menjawab dari pengalaman saya sebagai seorang pakar dan sebagai seorang ibu yang mengalami penyakit GBS.

Sewaktu saya di London 13 tahun dulu, sebelum kelahiran anak saya yang sulung, air ketuban saya pecah. Saya menunggu bersalin secara normal, tapi selepas 12 jam, saya demam dan muntah-muntah. Kemudian denyutan jantung anak di dalam kandungan melambung tinggi hingga ke 180 dan jatuh pula ke paras yang rendah bila rahim saya mengeras, seolah-olah dia lemas.

Terpaksa saya menjalani pembedahan Caesar untuk menyelamatkan anak saya, dan anak saya memerlukan antibiotik dengan serta-merta. Didapati kuman GBS sudah merebak ke dalam darah saya menyebabkan saya demam. 

Saya terdengar pakar perunding berbincang dengan doktor lain mengenai saya. Dia kata, "This is a miracle, usually when I see Maternal GBS septicaemia, the baby has died". Pakar perunding orang puteh tu tak sedar yang saya berdiri di belakang dia dan terdengar perkataan pedihnya. 

Saya terjemahkan apa dia kata "Ini satu keajaiban, selalunya bila saya jumpa ibu dijangkiti kuman GBS di dalam darahnya, bayinya sudah pun meninggal dunia".

Saya menangis tak berhenti hari tu dan terus dakap anak saya tak lepas. 5 hari di wad anak saya diberi antibiotik dan Alhamdulillah sekarang anak saya sudah 13 tahun, sihat dan cergas.

Nak menjawab segala soalan-soalan ibu tentang GBS ni ialah satu cabaran juga bagi doktor kita.

Ini lah antara soalan yang paling susah sekali nak score markah penuh di dalam peperiksaan di peringkat kepakaran /specialist. Untuk lulus peperiksaan kepakaran ini memerlukan lebih dari 7 tahun pengalaman selepas ijazah perubatan, dan banyak membaca dengan mendalam mengenai kajian-kajian perubatan. Bila keluar soalan GBS, ni berpeluh-peluh calon-calon peperiksaan kita.

Pendapat pakar di Amerika dan pendapat pakar di Eropah pun bercanggah mengenainya. Pelajar perubatan yang mengekori saya di bilik bersalin ternganga langsung bila saya uji mereka pasal GBS, sebab masih banyak lagi ilmu perubatan yang mereka kena belajar.

Jadi tak hairan lah ramai ibu hamil runsing dan keliru mengenainya. Dan tak hairan lah ibu-ibu bertambah keliru lagi bila bertanya kepada yang bukan arif mengenainya.

Ini lah salah satu kuman yang sentiasa ada di dalam usus dan dubur kita, tanpa memberi kita sebarang masalah. Biarkanlah sahaja. Selagi dia tak kacau kita, kita tak payah kacau dia. Ia boleh merayau masuk ke dalam faraj wanita dan berumah di situ di dalam 1/4 (25%) wanita, tanpa memberi sebarang masalah. 

Biarkan sahaja, tak payah lah ambil antibiotik serta-merta bila terjumpa. Kalau ambil antibiotik pun, ia hilang sementara sahaja kemudian datang merayau balik tanpa kesedaran kita.

Bagi ibu yang hamil yang ada kuman GBS ni, tidak ada masalah kepada janin selagi kantungnya utuh dan tidak pecah. Tiada kuman yang hidup di dalam kantungnya yang memberi perlindungan semulajadi kepada janin. Tidak perlu antibiotik.

Hanya bila kantung bayi pecah dan air ketuban mengalir keluar, bayi akan terdedah kepada kuman GBS yang boleh merayau masuk. Walaupun ada pendedahan kepada GBS, kebanyakan bayi tidak akan mendapat penyakit GBS, hanya seorang dalam setiap 2000 bayi yang dilahirkan.

Tetapi jika bayi diserang penyakit GBS, itu lah yang paling menakutkan. Di tahun 1970-an, kalau bayi dijangkiti penyakit GBS, seramai 55% meninggal dunia. Ini boleh dielakkan dengan memberi antibiotik bila air ketuban pecah sebelum bersalin, dan kepada bayi selepas bersalin. 

Zaman sekarang, walaupun kita menjaga ibu dan bayi dengan lebih rapi, seramai 5-10% bayi yang mendapat jangkitan penyakit GBS meninggal dunia, begitu kuat serangannya ke atas bayi yang baru lahir. 

Kematian bayi sudah dikurangkan sebanyak 80% di zaman sekarang tapi masih ada yang terlepas. Tahun lepas, air mata saya menitis bila beberapa bayi yang baru lahir meninggal dunia akibat jangkitan kuman GBS yang teruk.

Siapakah ibu yang perlu mengambil antibiotik semasa bersalin?

Inilah kuman yang paling handal sekali ghaib dan susah dikesan bila doktor buat swab test di dalam faraj dan dubur. Setiap kali membuat swab test dari faraj, hanya 22% ibu yang diharungi kuman GBS akan dikesan. 

Yang lain tu ramai yang 'false negative', bermakna, walaupun swab test itu tidak mengesan kuman GBS, ada kemungkinan yang tinggi bahawa kuman GBS ada di situ. Bila dibuat swab test dari faraj dan dubur sekali, hanya 27% dapat dikesan.

Ada setengah pakar (ikut style Amerika) yang mengesyorkan semua ibu hamil mengambil swab test faraj dan dubur pada minggu ke 35. Bila dikesan, ibu akan digalakkan menerima antibiotik semasa dekat bersalin (terutama sekali selepas pecah air ketuban)

Ada setengah pakar (Ikut style England) yang tidak membuat swab test kecuali untuk ibu yang melaporkan ada keputihan yang tidak normal, atau pecah air ketuban sebelum mulanya contraction (rahim mengeras).

Mereka berdebat tak habis lagi, dan masih mencari-cari ujian yang terbaik untuk mengesan kuman GBS ni, kerana ibu-ibu tidak sakit apa-apa pun.

Yang penting sekali, antibiotic patut diberi selepas air ketuban pecah sebelum bersalin kepada ibu-ibu yang mengalami 5 perkara di bawah, sebab ini membawa risiko yang lebih tinggi kepada bayi yang baru lahir:

1. Pernah melahirkan bayi yang diserang penyakit GBS

2. Kuman GBS di dalam air kencing. Satu course antibiotic diberi semasa masih hamil lagi untuk membasmi kuman ini dari air kencing supaya mengelakkan jangkitan kuman ke buah pinggang. Kemudian antibiotics diberi lagi semasa bersalin. 

3. Demam semasa bersalin

4. Pecah air ketuban di peringkat pramatang (sebelum 37 minggu). Antibiotics diberi semasa hamil untuk 10 hari (untuk megelakkan jangkitan kuman-kuman lain, bukan hanya untuk GBS) dan kemudian diberi lagi semasa bersalin.

5. Pecah air ketuban lebih daripada 18 jam untuk janin yang matang (selepas 37 minggu).

Jadi walaupun swab test itu normal, jika terdapat 5 perkara di atas, ibu-ibu digalakkan menerima antibiotik. Keputusan swab test yang normal tidak boleh dipercayai sangat.

Kita tunggu lagi keputusan kajian yang masih dijalankan. Mungkin pendapat saya akan berubah bila kita memperolehi keputusan kajian yang lebih mendalam dan lebih lengkap. Ini lah kita panggil "Evidence-based-Medicine". Maksudnya, kami hanya bertindak jika tindakan itu telah terbukti berkesan untuk kesihatan kedua-dua ibu dan bayi.

Apa-apa keraguan, sila lah berbincang dengan pakar atau doktor dan jururawat yang berpengalaman. Mungkin pendapat mereka bercanggah sama ada anda patut buat test GBS ke tidak, tetapi semua bersependapat siapa yang memerlukan antibiotik di bilik bersalin. Saya harap ibu-ibu tak keliru lagi.


Sumber : FB Imelda Balchin 

Read More

08 April 2017

// // Leave a Comment

Sungai Besi ke UPM Serdang Ke Yong Peng Johor Untuk Coaching Downline Shaklee

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah last month jadual kami padat dengan coaching anak bisnes Shaklee. Bermula dari Sungai Besi ke UPM Serdang Ke Yong Peng Johor. Untuk Coaching Downline Shaklee.

Kalau ikutkan rasa nak pusing 1 Malaysia untuk coaching anak bisnes. Tapi belum ada jaringan downline 1 Malaysia lagi. Takpe tahun ni insyaAllah lengkap, target nak naik Master Coordinator so paling minima mesti ade 16 orang Bussiness Leader dalam group akak. 





Downline bisnes atau anak Shaklee akak dari Sungai Besi ni Che Ta namanya. Tinggal dekat je dengan rumah akak ni. Akak share camne cara bisnes dengan Facebook sebab die pilih tuk guna Facebook. Ni Facebook die Che Ta Nazri 

Akak ajar camne nak buat produk demo. Produk demo ni aktiviti yang sangat best, dan sangat berkesan untuk orang yang buat offline. Bagaimana produk demo ni sebenarnya, surprisela takle cerita kat sini. Nak tahu jom register ahli Shaklee dengan akak dan join kami buat bisnes.

Akak share camne nak schedule post setiap hari, sebab yela kadang-kadang kita ni busy, plan camni, then lain plak yang jadi. So nak selamat kita susun siap-siap bahan yang kita nak post esoknye atau untuk seminggu terus. Ha kan dah mudah...


Che Ta bersama isterinya Puan Yasmin

Nanti nak jumpa die lagi sebab macam-macam lagi ilmu perlu diturunkan ni, ginilah dalam Shaklee. Kalau kita nak berjaya kita kene tolong orang lain berjaya. Itu je caranya, takde cara lain.

Anak bisnes Shaklee yang seterusnya is  Nur Su'aida bt Mohd Rosli, dari Terengganu. Sekarang belajar di UPM, amik English. Su'aida sebenarnya customer akak, die nak turunkan berat badan and bagus die ni memang follow guideline yang akak bagi.


Katanya dah turun pun berat and sekarang continue buat detox, ha cenggitula kalau nak kurus, bukan amik produk seminggu harap nak turun 10 kg.

Dia nak cube buat Shaklee sebab nak tambah duit katanya. And platform yang die pilih is Instagram. Al-maklum Su'aida anak-anak gen Z, so memang lagi aktif kat IG dari FB.

Akak share cara buat bisnes dengan IG yang berkesan, proven boleh dapat sale. Camne nak susun jadual, poster camne, nak guna apps apa tuk edit gambar and macam-macam lagi.



Akak ade bagi die Buku Nutrisi Shaklee tapi dah tak sempurna fizikalnya, yang baru time tu belum dapat lagi. InsyaAllah nak jumpa die lagi tuk sesi coaching lebih jelas. Time jumpa die ni bateri lap top memang ciput so limited cket.

Su'aida akan jadi leader tuk Selangor dan cover area Serdang dan sekitarnya. Banyak lagi kene polish and akan ada banyak lagi sesi bimbingan atau coaching.

Paling jauh setakat ni kami coaching anak bisnes di Yong Peng, Johor. 4 hari 3 malam kami berkampung dekat rumah die. Layanan 1st class, makanan tersedia je memang heaven. Leader hebat dari Yong Peng, Johor tu lak lain tak bukan. Kak Zaharah bt Nasir kakak ipar akak hihihi...

Sebab tu kami boleh berkampung kat rumah die sampai 3 malam. Kalau bukan sedara dekat cenggini takdela nak duk sampai 3 malam. Seganla huhu... Kak Zarah mula rasa nak cuba produk Shaklee untuk improve kesihatan suami die yang sakit lelah yang agak teruk.

Plus anak bongsu die punye tumbesaran tak seperti kanak-kanak lain. Cerita detail pasal anak die akak btau entry lain atau nantikan kak Zarah punye blog.

Untuk cover cost beli supplement Shaklee setiap bulan, better die cuba buat biz, dapat makan Shaklee free dapat lagi bonus dari Shaklee setiap bulan.

Kak Zarah prefer offline sebab katanya dah lama sangat tinggal benda-benda online ni. So amik masa nak laju balik. Sementara tu baik die pecut offline memandangkan die ada kelebihan kat situ.

Seronok coaching sedara mara ni sebab kat dalam bilik tido, santai-santai sambil tidurkan anak pun kita boleh bagi pengenalan pasal Shaklee, kenapa kalau kita nak beli supplement kita kene pilih Shaklee, ape best sangat Shaklee ni and macam-macam lagi.


Hujung sekali bertudung hijau, Kak Zarah. Tudung merah tu adik ipar Aidah namanya


Semuanya cerita-cerita je, adik ipar akak pun join sekali, Aidah namanya. Die pun nak buat Shaklee secara part time. Dia akan cover area Rawang.

Untuk kak Zarah akak tekankan buat produk demo, sebab demo ni cara yang senang nak bagi orang nampak and faham perbezaan produk Shaklee berbanding produk lain.

Kadang-kadang duk sibuk cerita hal-hal saintifik sangat pun bukan orang paham, senang buat je demo. Terangkan dalam bahasa mudah, insyaAllah dengan orang-orang yang tak penah terpiki nak beli supplement, yang liat nak keluar duit tuk beli supplement pun pasti tergugat hatinya hihi...

Die pun excited bila akak tunjuk demo produk Shaklee dekat die. Die dah pun buat demo dekat famili belah husband die, sikit-sikit dulu katanya. Sejujurnya akak kagum dengan kesungguhan die. Sebab ramai orang penghalang utama die is malu and takut.

Malula nak jual Shaklee, malula nak buat iklan inikan plak nak buat demo depan-depan. Confirm menyorok belakang sofa. Haram nak keluar.

Lagi satu takut, takut orang perli, takut orang kata macam-macam, takut kene unfriend, follower kurang, takut memanjang. Padahal yang die duk takut tu belum jadi lagi. So kalau dalam perang camnila nak buat perumpaan.

Bayang musuh pun tak nampak lagi, die dah cabut lari, jauh lagi nak lawan musuh bagi mati.

InsyaAllah if takde aral, kami sekeluarga akan berpindah ke Tongkang Pechah, Batu Pahat Johor. Sebelum pindah kene kukuhkan based kat sini dulu. Nak train anak bisnes sampai mampu berjalan, berlari dan bina empayar bisnes sendiri plak.



Kalau ade yang berminat nak join kami tambah income, improve kesihatan dan tingkatkan ekonomi hidup, Boleh hubungi akak, join kami sekarang tuk kita sama-sama tambah ekstra income.

Kalau join sekarang akan sempat fight untuk trip Shaklee 2018 ke Bangkok dan naik cruise mewah ke 3 negara Sepanyol, Perancis dan Italy. 100% free dari Shaklee. Teruja tak?

Boleh contact akak untuk pembelian produk Shaklee, untuk register ahli untuk makan sendiri atau buat bisnes. Akak ready tuk membantu ;)












Read More

10 March 2017

// // Leave a Comment

Shaklee Business Leader National Conference 2017 Tersangatlah Hebat

Bismiillahirahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat  akak berkesempatan attend event Shaklee yang julung-julung kali diadakan iaitu Shaklee Business Leader National Conference 2017 (BLNC)

Sebenarnya akak no idea ape citela event ni, yang akak tahu nak belajar pasal landmark study dengan Dr. Bruce Daggy. Siapa Dr Bruce Daggy ni? Dia orang besar dalam Shaklee, Dr Bruce Daggy is  Senior Vice President, Research & Development and Chief Science Officer atau dalam bahasa Melayunya ialah Naib Presiden Kanan, Penyelidikan & Pembangunan dan Ketua Pegawai Sains bagi Shaklee.





Ha nampak tak betapa pentingnya die, dan lagi best die siap turun padang untuk ajar pasal Landmark Study Shaklee. Ape die Landmark Study itu entry lain, panjang kisahnya.

Itu je yang akak nampak pasal event ni. Lain tak sure. Dalam group kami masing-masing excited duk piki nak pakai baju apela, nak buat tema la, dah macam nak amik award. Memang Shaklee ade highlight pasal dress code.

Lelaki kene pakai bussiness attire, wanita pakaian formal. Akak plak dalam dilema almaklum badan sekarang da slim cikit, jubah-jubah yang ada semua zaman akak plus size, nak pakai baju kurung glemer-glemer time anak dara tu sume baju zaman tok adam, dah outdated semua huhu...

Last minit sangat-sangat akak wasap member akak Zuryn Haniran, owner Khaylaa Hijab. Partner dengan member jugak Nadia Bayu. Nasib baik opis diorang dekat je. Nak cari jubah-jubah yang diorang nak lelong hihi...



Then dari nak cari jubah and shawl untuk BLNC dah jadi small reunion. Sebab dah lama tak jumpa, ade sorang member opis lain pun join jugak. Sembang and makan je lebih hihi...

Esoknye akak sampai dalam 9.30 am, nak selesa makan bergambar sume patut pukul 9 dah sampai. So kami register and terus makan. Breakfast diorang provide bee hon, apple pie and dim sum. Apple pie die sangat sedapppp....

Setel breakfast, akak terus masuk dewan. Baru start, diorang annouce Special Guest akan tiba. Masuklah orang yang ditunggu-tunggu, memang time ni hati akak berdebar-debar tau, jantung memang berdegup kencang

Masukla orang penting Shaklee yang ditunggu-tunggu Les Wong, Dr Bruce Daggy, Chairman and CEO Shaklee Mr. Roger Barnett. Time ni rase cam nak bersorak hihi...rasa cam sambut pahlawan pun ade.

Roger Barnett dengan Hj Roslan, Master Coordinator Shaklee sejak 25 tahun dahulu

Busy sangat Roger Barnett ni tapi sempat jugak die singgah ke Malaysia untuk tempoh kurang 20 jam dengan private jetnya huhu almaklum billionare...

Panjang lebar ucapan Roger Barnett tapi takde sebersit pun rase ngantuk, boring, nak keluar dewan, kadang-kadang die buat lawak and english die simple and accent die tak kuat so memang senang paham ape yang die cuba sampaikan.





Paling tak sabar bila die tunjuk bakal HQ baru Shaklee. Cantik sesangat, lebih mesra pengguna and dekat dengan nature. Nanti dah siap kita pergi k, InsyaAllah bulan 4 ni Shaklee HQ baru akan bukak.

Setel ucapan Roger Barnett, tiba giliran Helen Lam, President Shaklee Malaysia bagi ucapan. Pun sangat best dan inspired. Banyak yang Helen highlight antaranya cabaran penjualan produk Shaklee sebab ada yang jual dekat Lazada, 11 street dengan harga yang tak masuk akal.

Helen memang nak banteras orang-orang gini. Then die share apa planning akan datang untuk bantu semua SID grow bisnes dan die remind semua untuk Dream Big, Dream High, Start Small, Doing Consistent. Most important is you start.




Helen jugak annouce tempat untuk insentif trip tahun depan. Katanya kita takde dah local trip, kite go to regional, yeayyyy.... And 1st place kita akan pergi ke Bangkok Thailand. Yeayyyy bestnyeee....

Sebab sebelum ni ade local trip and international trip. Local trip tu pergi jalan-jalan dalam tanah air, sekarang pergi regional. So untuk next year kita akan pergi ke Bangkok Thailand....weeee....lompat bintang!

Untuk International trip kita akan naik kapal mewah ke 3 buah negara singgah di 6 buah bandar memang time ni akak menjerit sebab dah tak boleh nak kawal diri hahaha...Tapi jerit dalam frekuensi sopan la haha Kat mana tempatnye, akak share dihujung entry ni k.


Time conference ni memang akak semangat sangat, rase cam badan ni melompat kelangit haha...

Then husband akak call btau Wafa nangis, akak pun keluar dengan hati yang berat huhu...so tak pasti siapa yang bagi talk lepas tu. Break untuk lunch kami dapat lagi doorgift yang super awesome. Bakal Shaklee bisnes kit baru, booklet untuk 2018 trip, ada pendrive montaj trip untuk tahun 2018, ada mini katalog sume best2..

Time lunch yang dinanti-nanti tiba. Macam-macam lauk ada, kambing, ayam, salad dengan sotong dengan sos ape tah plus bijan, senang cerita mostly makanan tu akak tak tau ape huhu...

Dessert paling sedap of course cheese cake, ade banyak lagi kek lain, semua akak amik. And amik banyak nak bagi husband makan kenyang-kenyang. Reward kat die sebab tolong jaga anak hihi....

Masuk sesi petang ada forum tajuk die is 'Do Supplement Works'. Salah seorang ahli panel is Dr Rajbans Singh bersama Dr Bruce Daggy.





Dr Rajbans share camne die dulu gemuk then dia start tukar lifestyle, awal-awal die stop amik gula sampai menggigil dibuatnya. Then die slowly naik tangga kat opis die start dengan 1 tingkat then tambah setingkat then tambah lagi. Sekarang hari-hari die naik tangga 10 tingkat. (teringat akak dulu naik tangga opis hari-hari tapi 7 tingkat jela).

Die pun memang humble orangnya sebab ada die btau lebih kurang gini

'Doctor is not da right person to be asked about nutritions. We spent 6 hours time per day only to learn about drugs and how to cure disease (not focusing on prevention). All of you here are much better than me to talk about suplements.'

*Lepas tu dia minta maaf kalau ada doktor dalam dewan kami tu which dia tau memang ramai.
Sumber : FB Nusaybah Anuwar 

Gitulah orang berilmu, berpengalaman selalu respect orang lain bukan condemn tak tentu pasal.

Akhir sesi petang dengan talk dari Les Wong. Les Wong ni orang lama dalam Shaklee, dah kerja 35 tahun dengan Shaklee. Die tahu setiap bahan yang ada dalam supplement Shaklee.

Orangnya dah umo 63 tahun tapi macam 40'an. Muda sangat orangnya. Bercakap penuh semangat, bertenaga bila dipanggil kepentas siap berlari huhu dah macam si Obama ...






Betapa bangganya die jadi senior dalam family Shaklee, pernah kawan die tanya bile die nak bersara? Die jawab buat apa die nak bersara, die sibuk tolong jutaan manusia yang nak hidup lebih sihat.

Time ni memang rasa proud sangat-sangat dengan apa yang akak buat. Les Wong pada usia 63 tahun masih sihat siap awet muda dan sangat bersemangat dengan karier die membantu jutaan manusia untuk hidup dengan lebih sihat apabila mengamalkan supplement Shaklee disamping gaya hidup sihat.

Rasa melonjak-lonjak semangat ni nak bantu orang. Nak celikkan orang, nak orang jelas yang pemilihan jenama yang betul akan ubah hidup mereka.

Penutup BLNC kami dapat lagi free gift yang sangat best iaitu key chain comel and mug Shaklee. Nyesal akak balik awal, lupe ade minum petang. Ni sebab husband nak balik awal akak pun folo je.


Sebahagian dari doorgift BLNC 2017

Penutup entry ni akak share video regional and international trip Shaklee tahun 2018. Cycle baru akan bermula April 2017 berakhir Mac 2018. So kalau ada member baru yang nak join Shaklee still sangat sempat untuk fight conference tiket ni. Ingat trip 5 star ni semua free A to Z.

Serius nak buat bisnes Shaklee, nak cari side income yang boleh jadi income utama, pening nak pilih group atau cari mentor bisnes. Jangan risau jom register dengan akak under group superstar. Detail kelebihan register dengan kami dekat entry akak yang sebelumnya, 11 Kelebihan Beli Shaklee Dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstar Shaklee

Jom berangan sekarang, mimpi hari-hari, usahakan setiap hari tuk jadikan mimpi tu realiti. Akak aim nak bawak mak, husband, Mujahid and Wafa. Anak bisnes akak nak bawak semuanya....Ok nak register atau beli Shaklee boleh roger akak melalui macam-macam channel ni k. Enjoy the video...



Video untuk Trip Regional Shaklee 2018




Video untuk Trip International Shaklee 2018


Read More

14 February 2017

// // Leave a Comment

Percutian di Taiping Perak, Pulau Pinang dan Pekan Pahang Sempena Cuti CNY Part 2

28 Januari 2017, Tahun Baru Cina, petang dalam jam 3 kami gerak ke Pulau Pinang naik Jambatan ke-2 tau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebab katanya Jambatan Pulau Pinang confirm sesak time ni. Ramai masuk Penang melalui Jambatan Pulau Pinang sebab terus tembus Goerge Town.

Kalau lalu jambatan ke-2, sampai dikawasan industri huhu patutla time naik jambatan tak sesak.





Sampai je Pulau Pinang, kami pergi tengok ikan di Akuarium TAR (Tunku Abdul Rahman) Penang di Batu Maung. Husband la yang excited, family mertua memang seronok dengan ikan. Hobi diorang sume mancing. Akak tak geng sangatla dalam hal gini hihi...

Tiket masuk murah je rm 5 untuk dewasa, kanak-kanak rm 2, veteren free. Cantik sangat-sangat ikan kat sini. Jom tengok, gambar akak amik dari Facebook Akuarium Tunku Abdul Rahman hihi...














Last part is kolam terbuka dengan macam-macam jenis ikan and penyu pun ada. Mujahid and ayahnya bagi makan ikan. Akak perati jela huhu...

Nak balik tu kami diperdaya tuk beli gambar famili kat cni. Biasalakan masuk mane2 mesti ade jurugambar berminat dengan kita, diajaknya bergambar ramai-ramai 1 keluarga. Sebelum ni haram kami tak beli.

Harga lak memang cekik darah, yang besar sekeping rm50, kecik rm40. Ha kau memang semput akak dengar harga die tu. Nego punye nego dapatla sekeping rm30 tuk gambar besar saiz A4. Okla tu...











Keluar dari Akuarium Penang, kami pergi Muzium Coklat, tapi malangnya dah tutup sebab kami sampai tu dah dekat kul 6 huhu sedih and keciwa diriku.

Kami pun sambung-sambung jalan kat Penang and singgah sekejap kat Padang Kota. Ramai orang almaklum cuti. Duduk kejap je sembang-sembang, makan ice cream then balik. Time ni pun dah penat sebenarnya huhu...



Balik tu husband kakak ipar nak merasa naik feri, so kami pun tunggula turn naik feri. Gabra takut naik feri lain-lain je, sebab kami konvoi 3 kereta. Last2 kereta kami paling depan sekali. Fuhh excited, best jugak naik feri malam-malam.

Angin sejuk, air laut berlari-lari dicium feri, nampak Jambatan Pulau Pinang yang dipagari lampu indah...

Time ni muka masing-masing macam lepat huhu ...

Sebelum balik rumah kami singgah makan di Alka Ria. Diorang ni pioneer jual Char Kuey Teow. Sedap Char Kuey Teownya tapi pada akak cam manis cket. Akak ade buat video tapi takmo upload muka dah minyak2 habis huhu...

Sampai rumah jam 12 malam, fuhh memang penat habis, lembik semua orang. Sakit habis badan, lenguh bahu, tangan seharian dukung Wafa Nurhani. Sebelum tido tak lupa akak makan Ostematrix Shaklee supaya segar bangun pagi esok, sakit-sakit badan hilang, pembuangan esoknya lancar.

Ok nanti kita sambung story tuk part jalan-jalan kat Taiping k

Read More

Cari Artikel