Dapatkan Produk Shaklee anda dari Pakar Pemakanan Bertauliah hari ini

Servis konsultasi professional kami adalah exclusive buat pelanggan kami sahaja.


Dapatkan Produk Shaklee dan Set Shaklee berikut dengan paduan cara makan yang betul:

  • Set Kurus Shaklee
  • Set Kesuburan Shaklee
  • Set Bersalin Shaklee dan Set Mengandung Shaklee

09 August 2016

// // Leave a Comment

Breastpump Autumnz Passion Pilihanku

Assalamualaikum semua apa khabar?

Lama akak tak update ape2 pasal Shaklee, tapi tak bermakna akak bukan lagi Shaklee Independent Distributor tau. Akak masih lagi SID yang aktif.

Ok entri kali ni nak update pasal salah satu persiapan tuk baby baru insyaAllah lagi 2 bulan nak jumpa die.


pinjam gambar aaisyah jap, comey sungguh hang ni


Macam-macam akak dah listkan ape yang perlu beli dan buat sebelum baby lahir. Kali ni particular sikit sebab dah ade pengalamankan.

Time Mujahid tu rase dah cukup dah persiapan semua tapi banyak je yang lohong.

Jadual tuk semua perkara yang perlu dibuat pun dah highlight dekat kalendar. Ok untuk entri kali ni akak nak share pam susu yang akak beli tuk buat stok ebm nanti insyaAllah.

Sebelum survey jenama lain memang dalam hati nak beli Madela Freestyle sebab famous sangat pam susu ni. review pun sume best2




Blog yang buat review pasal Madela Freestyle ni pun banyakkk... so menambah keyakinan tuk beli. Nak beli yang baru kene kumpul duit lagi padahal mase dah suntuk sebab regenya macam gaji sebulan.

So cube cari yang preloved tapi baru gune kejap2 contoh sebulan atau kurang dari tu so bolehla dapat separuh rege and cube nego lagi.

Cari punye cari ade la kat Mudah orang nak tolak Madela Freestyle murah je rm600!!

Baru gune 2 minggu warranty pun ade lagi best2. Wasap owner die kate still available wahh peluang baik ni.

Sebelum tu akak ade contact member merangkap upline yang juga kaunselor penyusuan. Dah 5 orang anak and macam2 jenis pam susu die gune so mesti die lebih arif jenama ape yang best.

Tapi die busy, call die tak berjawab.

Akak tinggal nak transfer duit je ni tapi tak tau pesal memang rase tak sedap hati. Tak pasti ape yang tak kena. Mungkin cara seller Madela rm600 tu treat kite entahla tapi memang berat hati nak sangat nak transfer duit.

Petang dalam kul 3-4 gitu kawan akak call, lama kami sembang akak btau pasal masalah yang membelenggu diri. Sebab time Mujahid akak tak pam susu so ade isu susu sikit rase menyesal tak prepare stok awal2.

So taknak pisang berbuah dah cukup2 la tu. Akak ingat die nak support akak beli pam Madela Freestyle yang murah tu.

Tapi lain jadinya die suggest beli breastpump Autumnz Passion. Sebab katenya suction lembut and tarik panjang compare tu Madela and ade a few isu lain lagi.

Pendapat die ni pun katenya based on orang yang dah lama jual breast pump. Gitu gini bla3...last2 die suggest akak pergi kedai baby and cube sendiri pam susu mane yang sesuai dengan akak. Sebab katenya maybe pam susu Autumnz Passion tu best ngan die tapi sebaliknya ngan akak.

So akak pun mulala survey pasal breastpump Autumnz Passion ni, banyak gak review positif and tengah dok survey2 tu jumpa satu blog yang kate die pergi test sendiri breastpump sebelum beli dekat PumpOnTheGo.  Lagi satu untuk test breastpump ni free je takde cas ape2 pun. Ha best tak?

Wah bagus jugak camni, akak pun banyak gak jumpa PumpOnTheGo punye video pasal breastpump and bila pergi website die sendiri memang tengah sale.

Pucuk dicita banyak plak ulam yang bertandang. Branch diorang ni banyak jugak, akak pergi ke Bandar Baru Bangi. Ade jugak kat Wangsa Maju, Putrajaya, Cheras, Shah Alam dll.

Last promotion is 7/8/2016 so pagi ahad kami pun tibalah di PumpOnTheGo Bandar Baru Bangi. Kecik je kedai tapi macam2 breast pump ade. And akak pun cubalah 2 jenis breastpump. Autumnz Serene (baru) and Autumnz Passion (member akak suggest).




Masuk bilik menyusu die lahai selesanya tuk menyusu. Autumnz Serene suction die memang lembut tak sakit plus memang senyap takde bunyi langsung. Motor die kecik besar tapak tangan die.

Bateri die rechargeble and removable so boleh buat jadi freestyle
Memang sangat sesuai tuk mak2 bekerja. Ringan nak usung sana sini.






Untuk Autumnz Passion plak die heavy duty dengan 2 motor means lagi lasak nak pam banyak2 kali pun dalam sehari. Senyap jugak tapi takle lawan Autumnz Serene. Suction lembut tapi masuk level 6 tu pada akak dah sakit huhu.

Surprise is sekejap je dah keluar kolostrum haha hepi sangat time tu. Sebab sekrang dah masuk trisemester ke-3 so kolostrum dah start keluar.

Memandangkan akak pun takdela travel a lot, and hati plak dah terpikat pada Autumnz Passion so akak pun pilihla Autumnz Passion harga sebenar is rm450 dapat diskaun jadi rm360 je ha jimat banyak...Dapat lagi free manual pump boleh gune time bengkak susu.

Warranty setahun bermula due date, staff PumpOnTheGo tanye due bile akak btaula 1/10, kotla awal tapi memang die catat 1/10/2016.

Huih dah beli pam susu ni rase cam tak sabar lak nak gune. Moga2 tahan lama and mampu tolong akak buat stok ebm banyak2 aminnn....


Tadaaa...inilah die breastpump Autumnz Passion



Punye susah amik gambar ni sebab Mujahid nak selongkar 



Ni plak free manual pump

Read More

07 June 2016

// // 3 comments

Senarai Harga Produk Shaklee 2016

Assalamualaikum, selamat berpuasa, macammana pengalaman berpuasa hari pertama? Biasanya lesu-lesu and macam penat lebih sebab badan tengah  nak adjust. Dah lama insyaAllah ok. Entri kali ni ringkas je sebab akak nak share Senarai Harga Produk Shaklee 2016. Harga yang ada dalam blog ni harga lama sebelum gst. So kenela update baru untuk mudahkan semua k.


Ini Senarai Harga Produk Shaklee 2016 untuk kategori Nutrition. Harga memang dah siap-siap tambah GST. Nak lari kemana kalau tinggal diMalaysia ni memang kene bayar GST ke kerajaan.






Ini pula Senarai Harga Produk Shaklee 2016 untuk kategori Slimming. Penjelasan lanjut mengenai Cinch Shake boleh refer entri ini 3 Bulan Turun 26 kg Dengan Cinch Shake Shaklee.





Senarai Harga Produk Shaklee Kategori Skin Care Enfuselle





Senarai Harga Produk Shaklee 2016 Kategori Skin Care Nutriwhite





Senarai Harga Produk Shaklee 2016 Kategori Hair Care Prosante




Senarai Harga Produk Shaklee 2016 Kategori Home Care Get Clean





Senarai Harga Produk Shaklee 2016 Kategori Get Clean Water Pitcher





Semua harga produk Shaklee ada disini, nak menikmati penjimatan dan keistimewaan sebagai ahli Shaklee jom daftar sekarang!

Boleh hubungi akak melalui call/wasap/telegram/sms ke 014 9209040, atau mana-mana cara daripada yang tertera berikut :)


Read More

26 May 2016

// // 1 comment

Menangi Cabutan Bertuah Khat Kufi Bernilai RM420 Sempena Hari Raya

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sedar tak sedar tinggal 10 hari lagi kita akan masuk kebulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Puasa tahun ni akak pregnant alhamdulillah, so far takde masalah yang bestnya boleh puasa penuh.

Orait bersempena bulan Ramdhan yang bakal datang tidak lama lagi akak nak beri hadiah yang best buat semua yang ingin memiliki Khat Kufi yang bernilai RM420 sebagai hiasan istimewa dihari raya insyaAllah.






Akak tak buat contest pun jangan risau. Ini sebenarnya Cabutan Bertuah so barangsiapa yang bertuah maka dialah yang bakal membawa pulang Khat Kufi indah ini secara percuma ye.

Cara untuk menang Cabutan Bertuah ni senang je. Ada 2 cara :-

1. Buat pembelian produk Shaklee bernilai rm300. Anda layak mendapat 1 cabutan bertuah

2. Buat pembelian bernilai rm300 dan daftar menjadi ahli Shaklee dibawah akak. Anda layak mendapat 2 cabutan bertuah.


Dah itu je, tak kisah nak beli produk apa pun janji produk Shaklee ye. Tempoh yang diberi adalah bermula hari ini 26 Mei 2016 sehingga 25 Jun 2016. Pemenang akan diumumkan pada 27 Jun 2016 dan hadiah akan dipos pada 28 Jun 2016.

Keputusan Cabutan Bertuah adalah muktamad.  

Sebarang perubahan akan dimaklumkan ye.

Anda boleh beli double, triple dari syarat yang diberikan untuk lebih peluang memenangi Cabutan Bertuah Khat Kufi yang cantik menawan tu.

Ok jom kite tengok Khat Kufi yang bakal menjadi milik anda tu. Saiznya 6 kaki x 3 kaki, besar tau. 99 Nama Allah dalam tulisan Khat Kufi pasti menangkap sesiapa sahaja yang memandang. Mesti nak datang tengok dekat-dekat lagi.





Khat Kufi dicetak keatas canvas berkualiti yang tidak luntur. Evergreen sokmo, kalau kene sinaran cahaya lagi cantik.

Nak letak dirumah cantik di office pun mengancam gitu. InsyaAllah mana tahu rezki tuan-tuan dan puan-puan. Kita tak tahu siapa orang bertuah yang akan beraya dengan hiasan dinding istimewa ni.




Nah belanja lagi satu gambar untuk gambaran yang lebih jelas. Besar tak?

Ha bolehla mula berangan sekarang, berangan ni pun impian juga ya :)

Ok if ade ape2 soalan atau tak clear mane-mane jangan ragu-ragu contact akak k. Wasap/telegram/sms/call semua boleh k.





Read More
// // Leave a Comment

Promosi SuperBest Sempena National Conference 2016

Assalamualaikum apa khabar? Lamanya akak tak bersiaran. Sebenarnya akak in the middle buat entry baru cumanya ambil mase sebab kene buat research panjang huhu...Tak siap-siap lagi. Orait akak nak kabo 1 ni pasal Promosi SuperBest Sempena National Conference 2016.

Sabtu ni 28 Mei 2016 ada event besar dari Shaklee setahun  sekali biasa memang akan ade promosi yang luarbiasa best. Tahun lepas buat dekat MIECC Seri Kembangan. Tahun ni diSunway Pyramid Convention Centre.




Macam-macam aktiviti yang ada, paling excited bagi akak is product demo. Demo untuk skincare Nutriwhite, Penapis Air Shaklee Water Pitcher. Set Healthy Home pun ada. Demo vitamin and supplement Shaklee ada.

Memang meriah. Time ni jugak ada sale selain produk Shaklee yang biasa kita beli tu seperti :-

  • Payung
  • Shaker
  • Pillbox
  • Wooven bag
  • Diaper bag shaklee
  • Sticker roadtax
Lebih fakta mengenai Shaklee National Conference 2016 adalah seperti berikut :-


1) Boleh bawa baby dan anak-anak

2) Makan sendiri

3) Tiket RM30 sahaja

4) Ada lucky draw hadiah utama iPhone 6s

5) Dapat goodie beg bernilai lebih RM80

6) Bermula jam  8 pagi , event start 10 pagi, habis pukul 5 petang

7) Ada jualan set-set  produk shaklee beserta free gift yang lumayan  dan lucky dip dengan setiap pembelian.

Ok akak nak share poster yang anda semua tunggu-tunggu dari tadi 




Ada 4 set yang dijanjikan free gift dan peluang memenangi cabutan bertuah. Memandangkan bulan puasa dah tinggal kiraan jari maka set yang dioffer adalah Set A Set Ramadhan dapat free sebotol Vitamin C Shaklee  yang bernilai RM 98.05 dan dapat juga free goodie beg cantik.

Dalam Set Ramadhan ada ESP, Mealshake, Performance Drink dan Lecithin. Info lanjut boleh refer entry akak yang lepas Set Puasa Shaklee k.




Set B adalah Set Detox Shaklee, sempena kempen Detox yang berlangsung dari April hingga June. Semua orang perlu detox memandangkan kita hidup didunia yang serba canggih. Makanan yang kita makan tu rupa ja macam makanan isi dalam entah ape-ape...

Set Detox Shaklee sebenarnya cadangan produk untuk overhaul sistem detox semulajadi dalam badan kita. Sebab banyak sangat toksin dari pelbagai punca yang menyerang kita setiap hari. So kita bantu sistem detox semulajadi kita agar dapat berfungsi seperti yang sepatutnya.



Dah berapa tahun umur kita? Pernah terfikir untuk servis badan? Kereta yang baru beli pun bukan main kita jaga hantar servis on time kenapa badan kita yang lagi rumit dan kompleks sistemnya tak pernah kita fikir untuk servis?



Macam mana sihat pun kita rase diri kita tetap kita kena jalani program detox. Jika anda memilih untuk jalani Program Detox Shaklee beserta produk cadangan seperti dalam Set B, akak akan guide macammana nak jalani program Detox ni. Provide menu khas sepanjang program ini . What do and don't yang perlu dipatuhi.




Ha camne special tak Kempen Detox Dari Shaklee ni? Jika anda dapatkan Set B yang mengandungi Vivix, Peppermint Ginger, Alfafa (L), Herb Lax dan Dtx Complex anda akan dapat hadiah special iaitu Cinch Shake Coklat yang bernilai RM 183. Wowwi bestnye!


Set seterusnya ialah Set C Set Kurus Shaklee, kita beli Set C kita dapat 1 canister ESP, 2 canister Cinch Shake coklat, 1 canister Cinch Shake cafe latte, 2 botol Lecithin dan kita akan dapat lagi percuma 1 canister Cinch Shake coklat - RM183

Memang berbaloi sangat-sangat. Ini stok Set Kurus Shaklee sampai selepas raya ye.

Dan last but not least is Set D iaitu pembelian 2 botol Vivix percuma sebotol Vitamin C - RM98

Dulu Shaklee ada buat offer 2 botol Vivix discount 5%, tapi sekarang dah habis offer tu. So comeback dengan offer yang sama tapi lebih jimat sebab dapat free sebotol Sustained Release Vita C. 

Jika kita beli Set B, C dan D automatically kita akan dapat free register ye maknanya jimat lagi rm70, selain produk Shaklee yang kita beli tu murah 20%. Dan kita juga entittle untuk Cabutan Bertuah!

Hadiah memang superb! Antaranya I Phone 6s, Vivix, Penapis air Shaklee, Nutriwhite cleanser, Collagen dan macam-macam lagi.

Untuk Set A pula perlu beli 2 set baru dapat free register dan boleh join Cabutan Bertuah. 



Orait tu je akak nak share siapa yang taknak miss peluang best ni contact akak cepat-cepat k sebab boleh beli hari Sabtu ni je iaitu pada 28/5/16, pastu habis dah offer ni huhu...







Read More

14 April 2016

// // Leave a Comment

Khat Kufi Cantik, Berkualti, Harga Mampu Milik

Assalamualaikum semua, lamanya tak update blog ni, mood blogging entah kemana huhu...Ok straight forward akak nak share contoh-contoh hiasan dari Khat Kufi yang cantik, elegent, kualiti terbaik, menarik mata dan perhatian dan yang paling penting is harganya yang pastinya mampu milik.

Seni Khat Kufi memang bukan perkara yang baru dinegara kita. Ingat lagi dulu pernah tengok orang jual Khat Kufi dengan harga RM400++ saiz kecik je. Time tu nak masuk dekat pun tak berani.

Cantik tu memang tak dinafikan tapi kalau dah mahal sangat camno? Khat Kufi yang kami tawarkan dari material UV canvas 1440 dpi dengan kualiti terjamin, tahan panas dan tidak luntur. 

Saiz yang ada dari 1' x 1', 2' x 2', 1' x 1.5', 2' x 3', 1.5' x 4' dan 2' x 4'. 2.5' x 4'

Harga bergantung kepada saiz yang anda inginkan. 

Kami juga menawarkan perkhidmatan pos keseluruh malaysia dan juga dunia. Kadar pos bergantung kepada saiz Khat Kufi dan jarak post.

Tempoh yang diambil untuk Khat Kufi sampai ketangan anda ialah 7 hari bekerja selepas anda bank in duit kepada kami.

Gambar-gambar dibawah merupakan contoh design yang kami ada, anda hanya perlu pilih mana yang berkenan tetapkan saiz apa, kami siap uruskan order selepas bayaran diterima :)































Cantik-cantik semua design yang ada, memang rambang mata. Saiz yang dioffer dah tertera diposter boleh refer terus.

Jika anda berminat menghiasi dinding rumah atau pejabat dengan seni Khat Kufi jangan ragu-ragu untuk hubungi suami saya en Arif melalui call/wasap/sms ke +6016 - 2079040. Fast reply with warmth service menanti anda.
Read More

Cari Artikel